CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 29, 2008

Hijrah

maksud hijrah dalam konteks tamadun islam adalah perpindahan orang islam dari kota makkah ke madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan islam.

maka...

PERISTIWA HIJRAH YANG KITA KETAHUI

Bukalah dan bacalah buku sirah dan maghazi mana sekalipun, hampir-hampir tidak akan kita temui suatu gambaran peristiwa hijrah Nabi s.a.w. yang berbeza dari yang selalu kita dengar dan kita ketahui iaitu :

1) Nabi s.a.w. berhijrah dari rumah Baginda s.a.w. pada waktu malam.

2) Baginda s.a.w. memerintahkan supaya Ali tidur di atas katil Baginda s.a.w. pada malam berlakunya hijrah itu.

3) Orang-orang kafir Quraisy mengepung rumah Nabi s.a.w. pada malam itu dan pada keesokan paginya barulah mereka sedari bahawa yang tidur di atas katil Nabi itu ialah Sayyidina Ali r.a. bukan Nabi s.a.w. sendiri.

4) Sambil keluar dari rumah untuk berhijrah itu Nabi s.a.w. menaburkan tanah atau pasir di atas kepala orang-orang kafir yang menanti peluang untuk menyerbu rumah Rasulullah s.a.w. demi untuk membunuh Baginda s.a.w. dan dengan itu mereka tidak sedar lagi bilakah Rasulullah s.a.w. keluar dari rumah Baginda s.a.w.
5) Sambil manabur pasir atau tanah itu Rasulullah s.a.w. membaca ayat 9, surah Yasin.

6) Cadangan supaya Nabi s.a.w. dibunuh disyorkan oleh Abu Jahal dan disokong oleh seorang tua Najdi dalam mesyuarat sebelum tindakan menyerbu dan mengepung rumah Rasulullah s.a.w. pada malam hijrah itu.


RUJUKAN UTAMA PERISTIWA HIJRAH

Tetapi adakah kita tahu siapakah yang menjadi rujukan kepada penyusun buku-buku yang memuatkan peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dengan perincian seperti yang disebutkan tadi?

Rujukan mereka dalam soal ini juga sama seperti rujukan mereka dalam soal-soal lain berkaitan sirah nabi saw, Muhammad Ibnu Ishaq ( Ibnu Ishaq) melalui Ibnu Hisyam dan Salamah al-Abrasy, Waqidi, melalui Thabari dan Ibnu Saad. ( Lihat Sirah Ibnu Ishaq m.s. 221-223, Sirah Ibnu Hisyam jilid 2 m.s. 89-92, Tarikh al-umam Wa al-Muluk at-Thabari jilid 2 m.s. 98-100, at-Thabaqat al-Kubra Ibnu Sa’ad jilid 1 ms. 175-177).

PERISTIWA HIJRAH MENGIKUT RIWAYAT BUKHARI

Sebagai perbandingan dengan riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq berhubung dengan peristiwa hijrah, baik sekali kiranya kita mengemukakan di sini riwayat Bukhari di dalam Sahihnya yang agak panjang berhubung dengan peristiwa ini tetapi kita akan memetik sekadar yang berkaitan sahaja. Setelah ini diharapkan kita akan dapat menyimpulkan beberapa fakta berkenaan perbezaan dan kelainan yang terdapat di antara riwayat Ibnu Ishaq dan riwayat Imam Bukhari.

Nabi saw pernah berkata kepada orang-orang Islam pada hari-hari sebelum hijrah, “Sesungguhnya aku telah bermimpi melihat negeri hijrah itu, letaknya dalam kebun tamar di antara dua kawasan berbatu hitam”.

Setelah itu berhijrahlah sesiapa yang mahu berhijrah ke Madinah. Kebanyakan orang-orang yang telah berhijrah ke bumi Habsyah kembali ke Madinah. Abu Bakar juga telah bersedia berangkat ke Madinah. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya, “Engkau tunggu dulu kerana saya berharap akan diizinkan kepada saya untuk berhijrah”. Abu Bakar lantas berkata, “Kutebus engkau dengan ayahku dan ibuku. Adakah engkau berharap demikian?”. Abu Bakar pun menahan dirinya dari terus pergi ke Madinah untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w. nanti. Beliau memberi daun samur sebagai makanan kepada 2 ekor unta kepunyaannya selama 4 bulan.

Ibnu Syihab berkata, “Kata Urwah, “A’ishah terus bercerita, “Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk-duduk di rumah Abu Bakar pada waktu tengahari, tiba-tiba ada orang berkata kepada Abu Bakar, “Itu Rasulullah datang pada waktu yang tidak pernah ia datang kepada kami padanya”. Abu Bakar pun berkata, “Demi Allah ! Kutebus engkau dengan ibubapaku. Pasti ada perkara penting yang mendorongnya datang pada waktu ini”. A’ishah menceritakan, Rasululllah s.a.w. pun sampai. Baginda s.a.w. meminta izin (untuk masuk). Terus diizinkan kepada Baginda s.a.w. lalu masuklah nabi s.a.w. sambil berkata kepada Abu Bakar, “Keluarkanlah sesiapa yang ada di rumahmu”. Abu Bakar berkata, “ Tiada orang lain, mereka ahli keluargaku. Kutebus engkau dengan ayahku wahai Rasulullah!”. Rasulullah pun berkata, “Sesungguhnya aku telah diizinkan untuk keluar”. Abu Bakar pun berkata, “Kutebus engkau dengan ayahku, wahai Rasulullah, adakah engkau mahukan saya bersama?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ya”. Abu Bakar berkata, “Kalau begitu ambillah salah satu dari dua ekor unta saya ini, wahai Rasulullah ! Kutebus engkau dengan ayahku”. Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengan dibeli”.

A’ishah berkata, “Kami pun menyediakan keperluan-keperluan perjalanan untuk mereka berdua dengan segera dan kami memasukkan makanan untuk mereka ke dalam satu bungkusan. Asma’ membelah dua tali pinggangnya lalu mengikat bungkusan itu dengannya kerana itulah beliau dinamakan ‘perempuan yang mempunyai dua tali pinggang’ (Zaatu an Nithaqain)”.

Kata A’ishah, “Kemudian Rasulullah saw dan Abu Bakar pun sampai ke sebuah gua di Jabal Tsaur. Disitulah mereka bersembunyi selama tiga malam ditemani oleh Abdullah anak Abu Bakar. Ketika itu beliau masih muda belia, sangat pintar dan cerdas. Dia keluar dari tempat itu sebelum fajar. Di waktu pagi beliau sudah berada di Mekah bersama orang Quraisy seolah olah dia juga bermalam di Mekah. Tidak didengarnya sesuatu yang mengancam Rasulullah s.a.w. dan ayahnya melainkan dibawanya berita itu kepada mereka pada waktu malam.

Amir bin Fuhairah, hamba bebasan Abu Bakar pula menternak kambing dan melepaskannya di kawasan itu pada waktu Isyak dengan itu Rasulullah saw dan Abu Bakar bermalam dalam keadaan kenyang kerana meminum susunya. Bila tiba waktu dinihari, Amir Bin Fuhairah menghalau kambing-kambing itu (ke kawasan lain). Demikianlah dilakukannya pada tiga malam itu.

Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar telah mengupah seorang lelaki dari Bani Dil sebagai pemandu perjalanannya. Dia merupakan sekutu keluarga ‘As Bin Wa’il as-Sahmi dan ketika itu masih bersama dalam ugama orang-orang Quraisy. Bagaimanapun mereka berdua mempercayainya dan menyerahkan dua ekor unta kepadanya dengan perjanjian dia akan datang ke Gua Tsaur pada pagi hari yang ketiga. Selepas itu Amir Bin Fuhairah
dan pemandu tadi berangkatlah bersama Rasulullah saw dan Abu Bakar. Pemandu mereka membawa mereka melalui jalan tepi pantai.( Lihat Sahih Bukhari jilid 1 m.s. 552- 554)

hijrah juga ada diceritakan dalam al-Quran:
[3 : 97-100]

SALAM MAAL HIJRAH TO ALL~

Sunday, December 28, 2008

MuTiaRa DaRi INTISAR

Salamullahi alaikum jami'an......




alhamdulillah....... semoga kita sentiasa dimasukkan dalam golongan yang bersyukur dengan nikmat2 nya...


28 Disember 2008

9.00 a.m. >>

Kelihatan kelibat beberapa manusia berlegar-legar di kantin SMI Aman. Jam kereta sudah menunjukkan nombor hijau 9.03 (oh, aku terlewat!)... xpe, lewat dgn alasan yang munasabah... ke sana ke mari mencari lcd dan skrinnya sekali... Beberapa orang ikhwah (kira2 15 orang) tersenyum... kelihatan beberapa orang akhawat di atas (6 orang dengan lebih tepat)... Kumpulan 'Haza Umar' sedang mengadakan latihan last-minute...
Oh... semangatku mula berkobar-kobar... dan berkobar-kobar menantikan kunjungan mutiara-mutiara dari jauh... INTISAR !!!

Intro semata2. hehe...


Pukul 9... semua peserta ikhwah dan akhawat sedia berkumpul di kantin (arahan terbaru daripada pengarah ... dewan xleh guna! so, kita pakai kantin)
Alhamdulillah, semuanya settle - PA Syste
m, LCD, Laptop, susunan kerusi meja... dan mc sekali... so, tinggal tunggu je la...

Kira-kira peserta yang hadir... (Masya-Allah! tak terkira 'Ramai'nya)

Baniin - 26 orang

Banaat - 6 orang sahaja


Aik? betul ke ni? rasanya ajak ramai lagi...

Umumnya, peserta yang hadir x lepas target yang ditetapkan (iaitu kira-kira 50 orang)...
Tapi xpe, semoga yang hadir ni adalah me
reka yang sememangnya telah ditapis oleh Allah daripada yang lain... :)

Kira-kira jam 9.15, kelihatan sebuah unser kuning keorenan meluncur masuk ke perkarangan SMI Aman, membawa beberapa wakil Intisar. Alhamdulillah, mereka sudah datang!

Selepas sedikit taaruf secara tidak formal,
majlis dimulakan dengan Saudara Nik Taslim Siddiqi Nik Kamarazaman sebagai m.c nya...
Seterusnya, ada sedikit ucapan daripada Saudara Muhammad Ali bin Omar sebagai Pengarah Programnya... dan Saudara Muhammad Na'im bin Che Rahimi, wakil daripada KReAm
Akhir sekali, ucapan ringkas Ustaz Maharman wakil dari Intisar...

Next, ada sedikit persembahan nasyid darip
ada kumpulan yang menamakan kumpulan mereka sebagai HAZA UMAR...
(Memang agak best!)... mereka mendendangkan nasyid Azimat Ibunda !

Seterusnya, wakil2 intisar memperkenalk
an diri (secara lebih formal) dan mengisi slot2 yang disediakan.... Dan menaburkan mutiara2 kata yang uh.... x dapat digambarkan... :)

ANTARA AKTIVITI2 YANG DIA
DAKAN BERSAMA :

- Tazkirah mantap daripada ab
ang2...
- Games (yg ni yg seronok ni!) : J.A.R , Simon S
ays (Ana pon tertipu! hehe)...
Games die macamana? xleh oyak! :) Tapi yang
penting, semua peserta dapat manfaat
- Tayangan video
- Senaman & nasyid
Ni pun best jugak!


Akhir sekali, group HAZA UMAR sekali lagi mempersembahkan persembahan mereka 'Yang Abadi'...

Kira-kira jam 12.45, majlis ditutup... tapi belum bersurai... sebab masih ada beberapa agenda utama....


Then, semua bergerak untuk mengambil makanan (FREE) yang disediakan dan bermesra-mesraan dengan warga Intisar...

Lepas makan, semua ke dewan untuk solat Zohor berjama'ah...

Last skali, ada sedikit sesi bergambar (
ikhwah sahaja!)! Insya-Allah bakal menjadi kenangan yang terindah bagi menjadi minyak yang menggerakkan dakwah kita... :)


Pukul 2.00 p.m. (kurang atau lebih) 28 Disember 2008

PROGRAM BERAKHIR SECA
RA TIDAK RASMINYA !


Abang2 Intisar - dari kiri (Bro Hilmi, Bro Amir, Bro Amer, Bro Anas & Bro Rifa'ah)



Para Ikhwah yang bersemangat waja (wira, perdana, saga, persona, dan yang bersekutu dengannya).


6 Akhawat yang ada (semuanya 14 tahun)... Inilah da'iyah-da'iyah yang bakal menggegarkan dunia...
Kakak2 lain yang x hadir kena rasa malu sket ye!

Ustaz Maharman... pengiring from Intisar!

Notable Quote : "Lembu minum apa?"


Waa... Semangat! Semangat!



Kumpulan Haza Umar (tersohor di seluruh dunia (bakal! hehe) )



Say cheese! semoga ukhuwwah berkekalan


Harapan daripada pihak penganjur semoga harapan program ni tercapai...

Jangan hanya sekadar pengisian yang mantap, games yang hebat, tapi kosong tak bernyawa...

Semoga kunjungan Intisar mendatangkan sejuta erti buat kita... Insya-Allah!


Bagi yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut tentang intisar, sila layari

Http://intisarkajang.blogspot.com






Thursday, December 25, 2008

SATU LAGI PENGUMUMAN !

Selamat Sejahtera ke atas semua…......

Satu lagi PENGUMUMAN…

Memandangkan KReAm sudah semakin hari semakin aktif (sama2lah kita berdoa ye), jadi di sini, kami berpendapat bahawa adalah satu perkara yang agak cemerlang dan berpotensi dapat dilaksanakan dengan berwawasan sekiranya kita dapat sama-sama menjayakan satu lagi program bagi merapatkan jurang pemisahan antara ahli-ahli KReAm sesama sendiri dan dunia luar…

Ataupun dengan ayat bahasa melayu yang lebih simple nye…

Kelab Remaja Aman akan mengadakan sebuah program sebagaimana berikut :

Tarikh : 28 Disember 2008

Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang (lepas zohor)

Tempat : SMI Aman, Binjai

Bayaran : NO CHARGE (n_n)

Program ini merupakan program yang melibatkan ahli KreAm dengan individu2 daripada Intisor...

Antara yang menariknya tentang program ni...

Slot bersama Intisor

Ada persembahan (nasyid dsb... halwa telinga utk kita) J

Rapatkan ukhuwwah sesama kita...

Dan yang paling penting...

Makan minum ditanggung a.k.a tanpa bayaran...

Dan banyak lagi........

Program terbuka untuk semua ahli KreAm, so, boleh ajak ramai2, kita gegarkan dewan SMI Aman (eh, boleh ke?)

Ingat 28 Disember, kita penuhkan masa cuti dengan aktiviti yang bermanfaat insya-allah....

Monday, December 22, 2008

Qiamullail Akhir Tahun 2008

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup sehingga hari ini(ke ada yg dah x hidup?? hehe).

Alhamdulillah sekali lagi, Allah telah mempermudahkan urusan kita semua, n he knows what's best for us... lebih2 lagi buat kami... para ajk program kream

Program Qiam Akhir Tahun 2008


Tarikh : 21 - 22 Disember 2008
Masa : 5 petang (21 Disember) - 8.30 pagi (22 Disember)
Tempat : SRI Aman
Bayaran : RM5 sahaja

Lega rasanya... Setelah beberapa hari bekerja keras menjayakan program nih, berakhir jgkla...
(Bolehla di'cross'kan sesuka hati... sebagaimana yang tertera di atas...
bayaran x leh 'cross' lagi, sbb ada yang masih belum jelaskan, nnti ada ceti datang kutip. hehe)

Sekali lagi, pihak program memanjatkan setinggi2 kesyukuran kerana telah berjaya berprogram , setelah berabad lamanya (
hiperbola) KReAm menyepi, walaupun preparation dibuat dalam masa yg sgt2 singkat.

Juga jutaan terima kasih kepada ajk2 yg terlibat dan utk mlmh2 yg bertungkus-lumus...

x dilupakan, untuk semua peserta... Jazakumullahu khairan kathiran... berbilion-bilion terima kasih kami ucapkan atas penglibatan, pengorbanan yang dilakukan (cuti sekolah yang tinggal beberapa kerat terpaksa dikorbankan...) tapi kami jamin, pengorbanan yang dilakukan terlalu kerdil nak dibandingkan dengan matlamat ke arah Ilahi yang sangat agung...

Apa-apa pun, semoga semua dapat 'mutiara' yang dicari-cari sepanjang program semalaman ni...
Ruginya sape yang x join kan?

Insya-Allah, gambar-gambar dan review a.k.a perkongsian sepanjang Qiam tersebut akan disiarkan...

Thursday, December 18, 2008

Attention....!!!!!!!!

salam sejahtera!

disini saya ingin mengumumkan bahawa Kelab Remaja Aman [KReAm] akan mengadakan qiyam pada hujung minggu nanti.

terbuka untuk semua form 1- form 5 TERMASUKLAH adik-adik DARJAH 6 yg baru habis UPSR tahun ni.

tarikh : 21 & 22 Disember 2008
hari : ahad & isnin
tempat: sri aman
masa: 5.00 ptg - 8.30 pg
bayaran : RM5.00

Wednesday, November 19, 2008

Sesuatu...


alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kesempatan kpd diri ini untuk 'berkarya' disini.
semoga apa yg akan ditulis dijadikan sebagai input buat semua yg masih mempunyai akal.
ingat, apa yg kalian bakal baca ini not for output~

hari tu, ada baca satu buku ni. ia sangat bagus untuk dijadikan teladan buat kita semua. ia mengisahkan ttg seorg perempuan. dia diajar oleh kedua org tua dan di sekolah bahawa hubungan diantara perempuan dgn lelaki yg tiada apa2 ikatan adalah HARAM. walau bagaimana pun, apabila syaitan sudah menguasai diri segalanya sudah tiada makna. inilah yg terjadi kpd perempuan tersebut. dia diajar tanpa dia sendiri fahami apa yg diajar. akhirnya, dia sendiri terluka. mmg betul Allah itu maha adil. azab akhirat masih belum dirasai, sudah mendapat balasan di dunia. perempuan tersebut malu sendiri. setelah itu barulah teringat akan ibu dan ayah. pengajarannya? [kalau tak tahu, tanyalah ya?]

semua cerita sarat dengan isi yg bermanfaat. jika tidak, apa guna sesebuah buku itu diterbitkan? mana2 cerita akan diselitkan juga mengenai persahabatan dan cinta. dua perkara ini mmg susah utk dipisahkan? tiada perkara yg susah melainkan kita yg menyusahkannya. tanggungjawab. kenapa orang suka mengelak daripada menerimanya? orang juga akan kata tanggungjawab itu bukannya untuk membebankan diri kita. tetapi ia sebagai amanah ke atas diri kita. bukankah kita diatas muka bumi ini juga mempunyai tanggungjawab? ya! sebagai khalifah. di dalam al-quran sendiri menceritakannya. menjaga diri kita juga amanah, right? berbalik kpd persahabatan dan cinta. mcm mana kita mahu memisahkannya? adakah ia boleh dipisahkan? berbezakah cinta dan sayang? apa yg best dgn menjalinkan hubungan berbeza jantina tanpa ikatan SAH? [anda cubalah jwb sendiri persoalan tersebut].

"air kopi tanpa gula akan terasa pahit. hidup tanpa keceriaan akan menjadi kosong"

Friday, October 31, 2008

~MasYa ALLAH~

Ramai antara kita sudah mengetahui keajaiban dunia yang ALLAH telah beri kepada kita utk mensyukurinya..
Marilah kita sekali lagi 'vie
w' balik sedikit sebanyak keajaiban yang tidak terkira....insya allah kita berpeluang utk melihatnya secara 'live' pula.


Great pyramid of Gaza,Kaherah,Mesir

Great wall of China

Taj Mahal,Agra,India

Menara condong,Pisa,Italy


Al-Batra,Arabah,Jordan

Old Peak, Peru

Roman Colosseum,Italy

Saturday, September 27, 2008

Akal dan Nafsu...


assalamu'alaikum..
apa khabar kepada semua pembaca blog yg sudah lama lah jugak tidak di"update"..
*melalut*
sebenarnya, nak ceritakan kisah ttg perkara diatas..
harap maaf dan tolonglah betulkan, kalau ada salah silap..

begini kisahnya..
Allah s.w.t. telah menciptakan dua ciptaan-Nya.. iaitu, akal dan nafsu..
antara dua tu, nafsu yg paling degil..
kita start dgn kisah akal dulu ya?
Allah s.w.t. bertanya kpd akal, "man ana wa man enta?"
jwbnya akal, "Engkau tuhanku dan aku hamba-Mu yang hina".

manakala kisah nafsu pula sebaliknya..
Allah s.w.t. bertanya kpd nafsu, "man ana wa man enta?".
jwbnya nafsu, "ana2, enta2".
lalu Allah menyampakkan nafsu ke dalam neraka yg paling panas.
kemudian, dikeluarkan nafsu daripadanya.
lalu disoal soalan yg sama. nafsu ttp dgn jwpannya.
buat kali kedua, Allah menyampakkan nafsu ke dalam neraka yg paling sejuk.
dan dikeluarkan nafsu daripada situ.
Allah bertanyakan soalan yg sama. tetapi, nafsu tidak mahu juga mengubah pendiriannya.
kali ketiganya, Allah menyampakkan nafsu ke dalam neraka yg dimana dia tidak dibenarkan makan dan minum.
tidak lama selepas itu, Allah mengeluarkannya. maka ditanya soalan yg sama.
pada masa itulah baru nafsu menjwb, "Engkau tuhanku dan aku hamba-Mu yg hina".

jika kita dapat lihat disini, puasa dapat mengalahkan nafsu kita yg sering meng"gila" pada hari2 yag biasa. pd siang harinya, kita berperang dengan nafsu. begitu juga dgn malamnya. kita kena berperang dengan nafsu utk bangun malam. dengan hanya berpuasa sahaja, kita dapat mengalahkan nafsu kita. disbbkan krn itulah, kita disarankan utk berpuasa sunat pada bln2 yg biasa.

sebenarnya, hikmah berpuasa terlalu banyak. jika kita benar2 ingin akan sesuatu, pasti kita akan dapat mencapainya. apabila difikirkan balik. buat kita semua, marilah kita sama2 berbaik sangka dengan Allah s.w.t. mungkin, adakalanya.. kita tidak sedar. bahawasanya, kita pernah dan sedang dan akan berburuk sangka terhadap Pencipta kita. jom kita sama2 renungkan. apa yg pernah DIA berikan kpd kita?

p/s: maaf, kalau ada yg terbelit2.. semoga kita semua dapat menjadi yg lebih baik dari hari dan esok dan akan datang.

Sunday, August 31, 2008

Ahlan Ya Ramadhan~

first sekali...
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN buat semua..
selamat menunaikan ibadah puasa dan terawih...

secondly;


thirdly;
>> Fadhilat Ramadhan telah dinyatakan di dalam bermacam hadith dan ayat Al-Quran. Di antaranya – yang agak popular, sabda Rasulullah Solallahu 'alaihi wassalam di dalam sebuah hadith:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan yang diberkati, maka Allah SWT memfardhukan ke atas kamu berpuasa pada bulan tersebut, bulan yang dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka, syaitan-syaitan dibelenggu. Serta di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang daripada kebaikan malam itu maka terhalanglah ia daripada segala kebaikan.” (Al-Hadith)

Di dalam hadith yang lain, riwayat Bukhari dan Muslim:
“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keikhlasan kepada Allah maka diampunkan kepada Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu."

Berdasarkan himpunan hadith sahih beserta kalam yang dipetik dari Al-Quran, dapat disimpulkan bahawa di antara kelebihan Ramadhan Al-Mubarak:

1. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yakni malam yang diturunkan Al-Quran.

2. Lailatul Qadar juga yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah yang termaktub di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran ini pada Lailatul Qadar. Dan apakah kamu mengetahui apakah kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr: 1-3)

3. Bulan yang dibuka pintu syurga. Di dalam hadith yang lain:
“Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”

4. Bulan yang ditutup pintu neraka.

5. Bulan yang syaitan-syaitan dibelenggu

6. Bulan keampunan, berdasarkah
hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, Hasan Sahih menurut Al-Albani.

7. Melaksanakan umrah di dalam bulan Ramadhan bersamaan dengan pahala mengerjakan haji, berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari.

Bagaimana pula dengan ganjaran yang menanti Muslim yang memenuhi tuntutan untuk berpuasa di dalam bulan Ramadhan? Di antaranya:

1. Ganjaran pahala amalan di dalam bulan Ramadhan dipertingkatkan sebanyak 70 kali ganda. Hadith Rasulullah SAW:
“Bulan Ramadhan ini ganjarannya dipertingkatkan sebanyak 70 kali ganda.”

2. Memperolehi dua kegembiraan berdasarkan
hadith yang sahih riwayat An-Nasa’i: “Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan; kegembiraan yang pertama ketika berbuka puasa dan kegembiraan yang lain ialah ketika menemui Allah.”

3. Diampunkan oleh Allah dosa-dosa yang terdahulu sekiranya didirikan dengan penuh keikhlasan,
berdasarkan hadith Mutafaq ‘alaih.

4. Puasa sebagai perisai menghadapi ‘musuh’ hawa nafsu.

5. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi di sisi Allah Ta'ala.

6. Doa orang yang berpuasa tidak ditolak oleh Allah Ta'ala, berdasarkan
hadith riwayat At-Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albani.