CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 21, 2009

PERLU BACA !!!

INFO PENTING UTK LEPASAN SPM 2008

Program menarik yang perlu di hadiri,

PROGRAM LAMBAIAN MENARA GADING

TEMPAT : PERPUSTAKAAN DAR AZ ZAHRA, TELIPOT

TARIKH : 24 APRIL 2009 (8.30 PG – 2.00 PTG)

DAFTAR SEKARANG MELALUI

DR. HABSAH : 0199179609
DAYANG NORHAYANI AMIR : 0139639692

Satu kerugian jika anda gagal menyertai. Tinggalkan urusan lain hanya untuk hari ini sahaja agar anda mendapat manfaat yang amat berguna untuk meneruskan cabaran sbg MAHASISWA/WI

Sunday, April 19, 2009

Memiliki Jiwa Sufi


zenkai made no arasuji..

1. Rasa kehambaan

2. Mengenang nasib di akhirat

3. Rasa berdosa

4. Mengutamakan orang lain

5. Menutup aib saudaranya

kore kara tsuzukimasho. .

6. Pemaaf.

Berjiwa sufi ertinya sangat pemaaf. Dan pemaaf itu salah satu sifat keTuhanan yang wajar menjadi pakaian manusia. Allah SWT itu rahmat dan keampunanNya sangat luas. Anggaplah orang yang bersalah itu berbuat hanya sekali saja sebaliknya diri kita yang berbuat salah berkali-kali. Hanya mungkin kita berbuat salah tidak kepada orang yang sama.

Umpamanya ada orang meminta maaf kerana mengumpat diri kita. Mungkin itu sekali sahaja.Maka wajarlah segera memberi maaf kerana kita mungkin telah banyak kali mengumpat orang lain cuma bukan ditujukan kepada orang yang sama. Malah bagi para salafussoleh yang jiwa sufinya menebal mereka memaafkan siapa sahaja sama ada diketahui, dikenali atau tidak, sama ada meminta maaf atau tidak agar orang lain diampuni oleh Allah SWT. Pihak yang bersalah pula perlulah segera memohon maaf kerana mati tidak mengira masa dan tempat.

7. Hubungan maknawiyah.

Pertautan hati atau roh sangat penting dalam memelihara perpaduan dan kasih sayang. Atas sebab inginkan keselamatan diri dan keselamatan orang lain maka orang berjiwa sufi seringkali saling mendoakan orang lain. Seringkali mengharapkan orang lain itu diampuni oleh Allah SWT dan ditinggikan darjat. Malah salafussoleh tidak pernah berdoa untuk dirinya sendiri. Mereka berpegang kepada maksud hadis Qudsi:

"Barangsiapa mendoakan saudaranya Allah SWT kabulkan doa itu untuk dirinya dan saudaranya sebelum dia mengangkat tangan untuk berdoa."

Berdoa untuk diri sendiri belum tentu dikabulkan. Salah satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada orang lain. Kalau kita mempunyai sesuatu hajat maka panjatkan doa kita itu kepada Allah SWT bukan untuk diri tetapi tujukan kepada orang lain. Saling menghadiahkan doa ini akan bertambah menambat hati antara sesama umat Islam. Sayidina Umar Al Khattab sangat-sangat bersyukur, berterima kasih dan menghargai rakyatnya yang menghadiahkan doa untuk dirinya dan beliau pula membalas dengan berdoa pula kepada rakyat beliau.

8. Saling menasihati.

Kemuncak keangkuhan Firaun ialah apabila mengaku dirinya Tuhan. Allah SWT memerintahkan Nabi Musa a.s untuk memberi peringatan kepada Firaun. Allah SWT juga ingatkan kepada Nabi Musa a.s agar bercakap kepada Firaun dengan lunak dan lembut kerana itu akan lebih mendatangkan keinsafan. Biarpun akhirnya Firaun tetap mati dalam kekufuran. Begitu pun Nabi Musa a.s seorang utusan Allah SWT, berlunak dan berlembut kepada Firaun itu bertujuan untuk Nabi Musa tidak merasai lebih baik berbanding Firaun. Sedangkan hakikatnya tentulah tidak boleh dibandingkan ketinggian darjat seorang Rasul seperti Nabi Musa a.s. Namun dalam memberi peringatan, yang perlu dihindari ialah merasai diri lebih baik.

Berkata keras, kasar, marah, mencerca, memaki hamun itu adalah simbol keangkuhan, ego dan sombong. Malah keras dan kasar itu menggambarkan seolah-olah terlebih dahulu menjatuhkan hukuman bersalah kepada orang lain. Sayidina Ali juga pernah menegur seseorang yang berpidato keras dan kasar seolah-olah orang itu lebih cenderung kepada menonjol diri.

Fitrah manusia adalah sama. Kalau kita sendiri tidak dapat menerima sekiranya orang lain berbahasa kesat dan mencerca, begitu juga orang lain yang turut berperasaan macam kita. Manusia ada perasaan yang mudah terguris dan tersinggung. Adakalanya mereka bukan tidak mahu menerima kebenaran tetapi terhalang oleh kerana terguris dan tersinggung perasaannya. Manusia juga ada akal fikiran yang mampu menilai kebaikan dan keburukan. Makanan yang lazat andainya dilempar secara kasar pun boleh mematahkan selera. Kebenaran dan kebaikan perlu dihidangkan dengan cara yang sebaik mungkin dan mereka akan lebih cepat menerimanya.

9. Membaiki Diri.

Orang yang berjiwa sufi sangat kuat berusaha membaiki diri, menghilangkan segala sifat mazmumah dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Apabila semua umat Islam sama-sama membaiki diri dan dilakukan berterusan tentulah sama-sama mahukan kebaikan dan kedudukan di sisi Allah SWT. Membaiki diri untuk mencari darjat yang lebih baik di sisi Allah SWT itu akan secara otomatik memperelokkan hubungan dan ikatan sesama manusia. Ini yang disabdakan oleh Rasulullah SAW maksudnya:

"Barangsiapa membaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya (hati/roh) maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang terangan)." (Riwayat Al Hakim)

10. Syukur, sabar dan redha.

Orang yang berjiwa sufi hidupnya senang dan tenang. Tidak cerewet dan tidak ada karenah. Bukan bererti tiada masalah tetapi apa situasi dan kondisi tidak mengocakkan hatinya.

Nikmat yang diterima disyukurinya, nikmat yang tidak pernah putus itu turut dibimbangi kalau-kalau dirinya tidak cukup bersyukur. Kesulitan dan kesusahan yang datang sekali-sekala dihadapi dengan sabar. Sabar itu ertinya daya tahan atau keupayaan menghadapi sesuatu kesulitan. Cuba bayangkan bahawa tidak ada satu detik dari kehidupan ini melainkan tersalurnya nikmat anugerah Allah SWT. Dan bandingkan pula dengan kesusahan atau kesulitan yang datang sekali sekala. Datangnya pula tidak selama-lamanya. Kebiasaannya hanya sementara. Tidak ada orang yang sakit sahaja sepanjang hidup. Tidak ada orang yang hidup melarat buat selama-lamanya. Setidak-tidaknya ada kedapatan satu kesusahan yang berpanjang ada pula nikmat di sebalik kesusahan tersebut. Atau banyak hikmah di sebaliknya, paling kurang untuk penghapusan dosa atau meninggikan darjat di sisi Allah SWT. Tentulah kita berupaya menahan atau menghadapi kesusahan itu untuk sementara waktu.

Tidak bergerak dan diam sesuatu itu melainkan dengan kehendak dan izin Allah SWT. Menyedari hakikat inilah maka sesuatu musibah itu Allah SWT datangkan kepada manusia. Sama ada musibah sendiri atau musibah bersama yang ditanggung oleh umat Islam. Redhalah kepada Allah SWT yang mendatangkan musibah dan ingat bahawa itu adalah berpunca dari perbuatan dosa. Selain itu, ianya merupakan "panggilan" dari Allah SWT agar berpaling lebih mendekatkan diri atau menghampirkan diri kepada Allah SWT. Jangan lalai dan leka. Maka "panggilan" Allah SWT itu hendaklah disahut segera sebelum datangnya bala atau malapetaka sebagai murka Allah SWT.

Tidak ada sesuatu apa pun yang Allah SWT datangkan kepada orang berjiwa sufi melainkan mendatangkan kebaikan. Memperolehi nikmat disyukurinya maka Allah SWT beri pahala. Sabar atas kesusahan, juga Allah SWT beri pahala dan redha dengan ketentuan Allah SWT itu juga diberi pahala. Andainya inilah pegangan dan sikap umat Islam nescaya hidup dalam aman sejahtera tanpa ketakutan, tanpa krisis dan tanpa permusuhan.

-copy from mail box-

Tuesday, April 7, 2009

YA RIJAL !!!

Assalamualaikum

Semoga kita sentiasa di bawah limpah rahmat kurniaan Al-Khaliq....

(ehem…ehem…)

Lelaki...

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami, Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami ramai tak terkira,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenamg di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah, tekun berdakwah,

kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zurnuarain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angakatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Sekadar satu perkongsian.... (terjumpa semasa julung-julung kali melayari ruangan maya nih)

Sedarlah kita wahai rijal-rijal sekalian, tanggungjawab khalifah terletak di bahu kita, amanah memakmurkan bumi Allah terpaku di atas jasad kita, peranan seruan ke arah yang haq adalah peranan kita...

Kadang-kadang... ramai yang kita lihat sibuk merencana, memegang 'mic' di khalayak ramai, maju mengorak langkah dalam usaha dakwah ni jiwa-jiwa yang bertudung.... ramai yang kita lihat sibuk mempelopori halaqah-halaqah mereka yang bergelar kaum hawa... Malah, kalau ditinjau di daurah-daurah atau program-program Islamik pun, probability yang agak besar kaum wanita yang memenuhi tempat program...

Di manakah asybal (singa-singa) yang dahulunya mengaum di medan jihad?

Ditujukan khas buat rijal, sepatutnya kitalah yang ke depan, sepatutnya kitalah yang menjalankan usaha dakwah ni, sepatutnya kitalah yang sibuk dengan perkara-perkara ni...

Akhawat sekadar pemberi sokongan moral sambil bersama-sama membantu dalam usaha ini, sebagai positive catalyst untuk menolak kita ke hadapan... Sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah dahulu...

Bangunlah wahai sahabat-sahabatku, wahai pemuda-pemudaku... Kita bersama mengorak langkah di medan jihad ini...

"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka. " (18:13)