CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label pengenalan. Show all posts
Showing posts with label pengenalan. Show all posts

Friday, January 2, 2009

Generasi Harapan

Generasi Harapan

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah duia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu



Satu nasyid daripada Izzatul Islam (kumpulan nasyid daripada Indonesia), yang ana rasakan sangat-sangat bermakna jika dihayati dengan penuh penghayatan...

Hayati lirik nasyid ini sebaiknya.... Sesungguhnya nasyid ni ditujukan direct kepada ANDA!

Thursday, January 1, 2009

HAPPY NEW YEAR 2009

SALAM TAHUN BARU 2009!

Semoga dengan kedatangan tahun yang baharu ini, (ditambah dengan sambutan maal hijrah baru-baru ni)... Kita dapat meng'hijrah'kan diri kita...

Daripada Buruk kepada Baik

Daripada Baik kepada Lagi Baik

Daripada Lagi Baik kepada Lagi Lagi Baik

Daripada Lagi Baik kepada Lagi Lagi Lagi Baik

Daripada Lagi Lagi Lagi Baik kepada Lagi (kuasa empat) Baik

TIDAK ADA ORANG YANG SEMPURNA !

Tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berusaha untuk menjadi sempurna!

Setiap hari, setiap saat, setiap detik, akan ada ruang-ruang baru untuk mengubah diri kita !

Jadi, janganlah dibiarkan ruang tersebut kosong tersisa !

Insya-Allah, kita cuba jadikan tahun 2009 ni tahun yang lebih baik dan bermakna dalam meniti perjuangan hidup kita sebagai khulafa' di bumi Allah !

AKHIR KALAM

10... 9... 8... 7... 6... 5... 4... 3... (eh, baru nak countdown ke?) 2... 1...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

AHLAN WA SAHLAN YA 'AAM 2009

Sunday, March 30, 2008

Kelab Remaja Aman

Kelab Remaja Aman atau dikenali sebagai KReAM adalah satu organisasi alumni Sekolah Rendah Islam Aman. Seperti alumni-alumni sekolah lain, KReAM ditubuhkan dengan hasrat dapat mengumpulkan kembali lepasan-lepasan pelajarnya. sesuai dengan namanya-Kelab Remaja Aman, ianya menumpukhaskan untuk remaja-remaja didalam lingkungan umur 12 hingga 17 tahun

Walaubagaimanapun, kehadiran mereka yang berumur lebih daripada itu dialu-alukan dan diharap juga dapat menolong kelancaran program yang diadakan.

Misi utama KReAM adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan organisasi tersebut sebagai platform meneruskan lagi kesinambungan tarbiyah di SRI Aman disamping menjadi tempat aktiviti-aktiviti kebersamaan diadakan. Bukan sahaja ukhuwwah dapat digarap, bahkan dengan secara langsungnya ahli-ahli KReAM dapat mengekalkan perhubungan diantara satu sama lain.

Pendek kata, objektif KReAM adalah pengukuhan ukhuwwah dan penerusan tarbiyah ahli-ahlinya.

KReAM ditubuhkan pada tahun 2006, iaitu baru 2 tahun lepas. Ianya dianggotai oleh 7 orang anggota Majlis Tertinggi dengan dibantu oleh seorang guru penasihat. Kini, tahun 2008, telah menyaksikan banyak muka baru didalam hierakri pertubuhan ini, termasuklah pengerusinya. Penambahan ajk yang ramai pada tahun ini diharapkan moga urusan dapat dikendalikan dengan lebih efisyen dan cekap.

Semoga dengan adanya pertambahan tenaga, perjalanan hal kali ini menjadi lebih baik dari yang dahulu.