CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 31, 2008

aktiViti - aktiViti KReAm

Wahai saudara-saudari seislam..Khususnya ahli KREAM
Marilah kita menerajui dan turut sama terlibat dengan program-program yang dianjurkan oleh:


Kelab REmaja AMan

  • Qiam
-insya ALLAH akan diadakan sekurang-kurangnya 5 kali jika tiada aral melintang.
-qiam PERDANA bersama persatuan lain sebanyak sekali
-kebiasaannya, bertempat di SRI AMAN supaya memori di SRI dapat dihidupkan semula.Tetapi boleh diubah.
-menguatkan rohani dan persaudaraan yang telah terkubur buat seketika.

  • Ifthar jamaie
-dengan izin ALLAH, rehlah akan diadakan sebanyak 2 kali pada bulan ramadhan.
-selepas ifthar, akan adanya solat tarawih.
-mengintimkan lagi ukhwah yang terjalin

  • Rehlah
-rehlah hanya akan diadakan sekali.
-rehlah kali ini 2 hari 1 malam.

  • Kembara
-dalam perbincangan, insya ALLAH akan dilaksanakan




disebabkan oleh sekolah yang berlainan, kesukaran untuk mengatur perjumpaan dan menganjur program ini ialah perkara biasa. Insya ALLAH, ALLAH permudahkan jalan kita. AMeen

Sunday, March 30, 2008

Kelab Remaja Aman

Kelab Remaja Aman atau dikenali sebagai KReAM adalah satu organisasi alumni Sekolah Rendah Islam Aman. Seperti alumni-alumni sekolah lain, KReAM ditubuhkan dengan hasrat dapat mengumpulkan kembali lepasan-lepasan pelajarnya. sesuai dengan namanya-Kelab Remaja Aman, ianya menumpukhaskan untuk remaja-remaja didalam lingkungan umur 12 hingga 17 tahun

Walaubagaimanapun, kehadiran mereka yang berumur lebih daripada itu dialu-alukan dan diharap juga dapat menolong kelancaran program yang diadakan.

Misi utama KReAM adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan organisasi tersebut sebagai platform meneruskan lagi kesinambungan tarbiyah di SRI Aman disamping menjadi tempat aktiviti-aktiviti kebersamaan diadakan. Bukan sahaja ukhuwwah dapat digarap, bahkan dengan secara langsungnya ahli-ahli KReAM dapat mengekalkan perhubungan diantara satu sama lain.

Pendek kata, objektif KReAM adalah pengukuhan ukhuwwah dan penerusan tarbiyah ahli-ahlinya.

KReAM ditubuhkan pada tahun 2006, iaitu baru 2 tahun lepas. Ianya dianggotai oleh 7 orang anggota Majlis Tertinggi dengan dibantu oleh seorang guru penasihat. Kini, tahun 2008, telah menyaksikan banyak muka baru didalam hierakri pertubuhan ini, termasuklah pengerusinya. Penambahan ajk yang ramai pada tahun ini diharapkan moga urusan dapat dikendalikan dengan lebih efisyen dan cekap.

Semoga dengan adanya pertambahan tenaga, perjalanan hal kali ini menjadi lebih baik dari yang dahulu.

Sunday, March 23, 2008

KReAm

-testing-

bahawa, hari ini, bersamaan 23/03/08 iaitu hari Ahad adalah tarikh penubuhan blogspot Kream. Dengan itu, sukacitanya dimaklumkan,.......

-testing-