CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 7, 2009

YA RIJAL !!!

Assalamualaikum

Semoga kita sentiasa di bawah limpah rahmat kurniaan Al-Khaliq....

(ehem…ehem…)

Lelaki...

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami, Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami ramai tak terkira,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenamg di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah, tekun berdakwah,

kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zurnuarain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angakatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Sekadar satu perkongsian.... (terjumpa semasa julung-julung kali melayari ruangan maya nih)

Sedarlah kita wahai rijal-rijal sekalian, tanggungjawab khalifah terletak di bahu kita, amanah memakmurkan bumi Allah terpaku di atas jasad kita, peranan seruan ke arah yang haq adalah peranan kita...

Kadang-kadang... ramai yang kita lihat sibuk merencana, memegang 'mic' di khalayak ramai, maju mengorak langkah dalam usaha dakwah ni jiwa-jiwa yang bertudung.... ramai yang kita lihat sibuk mempelopori halaqah-halaqah mereka yang bergelar kaum hawa... Malah, kalau ditinjau di daurah-daurah atau program-program Islamik pun, probability yang agak besar kaum wanita yang memenuhi tempat program...

Di manakah asybal (singa-singa) yang dahulunya mengaum di medan jihad?

Ditujukan khas buat rijal, sepatutnya kitalah yang ke depan, sepatutnya kitalah yang menjalankan usaha dakwah ni, sepatutnya kitalah yang sibuk dengan perkara-perkara ni...

Akhawat sekadar pemberi sokongan moral sambil bersama-sama membantu dalam usaha ini, sebagai positive catalyst untuk menolak kita ke hadapan... Sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah dahulu...

Bangunlah wahai sahabat-sahabatku, wahai pemuda-pemudaku... Kita bersama mengorak langkah di medan jihad ini...

"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka. " (18:13)

0 comments: