CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 31, 2008

Ahlan Ya Ramadhan~

first sekali...
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN buat semua..
selamat menunaikan ibadah puasa dan terawih...

secondly;


thirdly;
>> Fadhilat Ramadhan telah dinyatakan di dalam bermacam hadith dan ayat Al-Quran. Di antaranya – yang agak popular, sabda Rasulullah Solallahu 'alaihi wassalam di dalam sebuah hadith:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan yang diberkati, maka Allah SWT memfardhukan ke atas kamu berpuasa pada bulan tersebut, bulan yang dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka, syaitan-syaitan dibelenggu. Serta di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang daripada kebaikan malam itu maka terhalanglah ia daripada segala kebaikan.” (Al-Hadith)

Di dalam hadith yang lain, riwayat Bukhari dan Muslim:
“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keikhlasan kepada Allah maka diampunkan kepada Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu."

Berdasarkan himpunan hadith sahih beserta kalam yang dipetik dari Al-Quran, dapat disimpulkan bahawa di antara kelebihan Ramadhan Al-Mubarak:

1. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yakni malam yang diturunkan Al-Quran.

2. Lailatul Qadar juga yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah yang termaktub di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran ini pada Lailatul Qadar. Dan apakah kamu mengetahui apakah kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr: 1-3)

3. Bulan yang dibuka pintu syurga. Di dalam hadith yang lain:
“Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”

4. Bulan yang ditutup pintu neraka.

5. Bulan yang syaitan-syaitan dibelenggu

6. Bulan keampunan, berdasarkah
hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, Hasan Sahih menurut Al-Albani.

7. Melaksanakan umrah di dalam bulan Ramadhan bersamaan dengan pahala mengerjakan haji, berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari.

Bagaimana pula dengan ganjaran yang menanti Muslim yang memenuhi tuntutan untuk berpuasa di dalam bulan Ramadhan? Di antaranya:

1. Ganjaran pahala amalan di dalam bulan Ramadhan dipertingkatkan sebanyak 70 kali ganda. Hadith Rasulullah SAW:
“Bulan Ramadhan ini ganjarannya dipertingkatkan sebanyak 70 kali ganda.”

2. Memperolehi dua kegembiraan berdasarkan
hadith yang sahih riwayat An-Nasa’i: “Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan; kegembiraan yang pertama ketika berbuka puasa dan kegembiraan yang lain ialah ketika menemui Allah.”

3. Diampunkan oleh Allah dosa-dosa yang terdahulu sekiranya didirikan dengan penuh keikhlasan,
berdasarkan hadith Mutafaq ‘alaih.

4. Puasa sebagai perisai menghadapi ‘musuh’ hawa nafsu.

5. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi di sisi Allah Ta'ala.

6. Doa orang yang berpuasa tidak ditolak oleh Allah Ta'ala, berdasarkan
hadith riwayat At-Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albani.