CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 16, 2008

Pengertian....

Cinta?? Apa itu cinta?? Apa ada dgn cinta?? Ini soal cinta.. Soal hati dan perasaan.. Kamu tahu apa? Cinta itu kan anugerah?? Kenapa harus disia2kan?? Bukankah Allah merahmati org2 yg berkasih syg, saling cinta menyintai?? Cintakan fitrah?? Inilah ayat2 cinta yg selalu kedengaran di mana2 sahaja menjadi hujjah buat sang pencinta..


Tetapi persoalan yg perlu kita tanya ialah apakah erti sebuah cinta kita untuk si dia??

Apakah cinta kita hanya sekadar ber"sms" dan bergayut di telefon sehingga nilai topup kita kalau dihitung agaknya boleh beli sebuah proton perdana agaknya.. Cuba kira sendiri mengikut kadar yg kita guna dan tambah tempoh percintaan kita bersama si dia.. semakin lama hubungan kita, semakin betambah.. tu tak campur harga hadiah utk si dia lg, harga belanja si dia lg dan mcm2 kos tambahan.

Apakah cinta pada kita hanya sekadar keluar bersama2, jalan2 cari makan.. berpimpinan tangan mengalahkan Shah Rukh Khan dan Kajol, menonton wayang, lepak2 di taman bunga sambil berbincang soal masa depan yg tidak ada masa depan sebenarnya kerana tidak ada siapa yg berani jamin dia pasti milik kita.. siapa yg berani jamin?? Habaq mai.. Dan pelbagai janji2 manis yg selalunya akan berakhir dgn kepahitan..

Apakah cinta pd kita hanya sekadar tidur bersama, melakukan hubungan yg layak bg sang suami dan isteri dgn janji si lelaki akan menjadikan “pelacur free” macam kita sbg isteri dia?? Oh, tidak sama sekali. Kalau benar cintanya pada kita knp harus mahkota kita dihancurkan?? Kenapa tidak kita terus diikat kalau benar dia takut kita akan lari?? Atau dia memang ingin kita lari?? Bak kata orang tua2 “habis madu sepah dibuang” Lelaki atau permpuan sebeginikah yg kita harapkan untuk menjadi ayah dan ibu utk anak2 kita??

Apakah cinta itu yg kita kejar hanya sekadar sebuah drama bersiri yg akan berakhir dgn tangisan dan airmata?? Dia boleh meninggalkan kita dgn hanya 3 patah perkataan sahaja “kita tak serasi” “kita takde jodoh” “awak bukan milik saya” “awk tak memahami” dan pelbagai alasan yg diberikan setelah hati sudah PUAS, BOSAN, JEMU dan setelah mendapat apa yg dia nak. Mungkin setelah bertemu dgn org baru yg hanya semiggu perkenalan, tetapi sanggup meninggalkan kita yg ditatang bagai minyak penuh selama setahun dulu . Inikah cinta yg kita cari atau bagaimana?? Namun inilah yg kita temui dalam setiap percintaan yg kita bina.. Perkataan serik tidak pernah ada dalam kamus hidup Romeo dan Juliet tetapi jangan kita lupa perkataan mati tetap ada di dalam kamus hidup mereka..

"Cinta pd si dia ibarat mengejar pelangi, indah hanya seketika, datang mentari hilanglah ia"

0 comments: