
just nk tulis selamat hari bapa kpd semua bapa2...
sebenarnya, ini bukannya n3 yg sebetulnya...
ia akan diedit semula...
harap maaf...
utk mengisi n3 yg sudah lapuk sahaja...
maaf byk2...
sebenarnya, hari2 pun hari bapa~
right?
V(^^)
p/s: mesti ke blog ini formal seformalnya???
Sunday, June 8, 2008
New
dIsedIakan oLeh Anonymous at 5:39 PM 0 comments
Labels: mencapub
Monday, April 28, 2008
Renungkanlah

Antara bentuk pemurtadan dan penghancuran Islam adalah dengan menanamkan keraguan kepada al-quran & hadith nabawi.
Salah satunya,mereka menerbitkan buku berjudul 'tidak ada azab kubur'
Mereka mengatakan bahawa al-quran tidak menyatakan azab kubur kecuali hadith yang dikatakan sebagai hadith DHAIF..
Sedangkan ada ayat2 al-quran & hadith2 sahih tentang perkara ini..
contohnya: 1. (al-quran)
…Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.(QS. At-Taubah: 101)
ayat ini jelas bahwa Allah SWT menyiksa orang zalim itu dua kali, yaitu ketika sakratul maut & alam kubur hingga menjelang hari kiamat. Dan berikutnya adalah siksaan setelah hari kiamat yaitu di neraka.
2. (sunnah)
Dari Aisyah ra bahwa seorang wanita yahudi mendatanginya dan bercerita tentang azab kubur dan berkata, ”Semoga Allah SWT melindungimu dari azab kubur”. Lalu Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang keberadaan azab kubur itu. Rasulullah SAW menjawab, ”Ya, azab kubur itu ada”. Aisyah ra berkata, ”Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW melakukan solat kecuali beliau berlindung kepada Allah SWT dari azab kubur”.
(HR Bukhari kitab Janaiz Bab Maa Ja’a Fi azabil Qabri hn. 1283)
Sebagai kesimpulannya..
Kita sebagai umat akhir zaman haruslah memperdalam ilmu agama supaya tidak dapat dipesongkan oleh musuh2 Islam laknatullah...
-apa yang baik hendaklah kita ambil sebagai pedoman,sekian-
dIsedIakan oLeh Anonymous at 8:18 PM 0 comments
Labels: perkongsian
Wednesday, April 16, 2008
Pengertian....
Cinta?? Apa itu cinta?? Apa ada dgn cinta?? Ini soal cinta.. Soal hati dan perasaan.. Kamu tahu apa? Cinta itu kan anugerah?? Kenapa harus disia2kan?? Bukankah Allah merahmati org2 yg berkasih syg, saling cinta menyintai?? Cintakan fitrah?? Inilah ayat2 cinta yg selalu kedengaran di mana2 sahaja menjadi hujjah buat sang pencinta..
Tetapi persoalan yg perlu kita tanya ialah apakah erti sebuah cinta kita untuk si dia??
Apakah cinta kita hanya sekadar ber"sms" dan bergayut di telefon sehingga nilai topup kita kalau dihitung agaknya boleh beli sebuah proton perdana agaknya.. Cuba kira sendiri mengikut kadar yg kita guna dan tambah tempoh percintaan kita bersama si dia.. semakin lama hubungan kita, semakin betambah.. tu tak campur harga hadiah utk si dia lg, harga belanja si dia lg dan mcm2 kos tambahan.
Apakah cinta pada kita hanya sekadar keluar bersama2, jalan2 cari makan.. berpimpinan tangan mengalahkan Shah Rukh Khan dan Kajol, menonton wayang, lepak2 di taman bunga sambil berbincang soal masa depan yg tidak ada masa depan sebenarnya kerana tidak ada siapa yg berani jamin dia pasti milik kita.. siapa yg berani jamin?? Habaq mai.. Dan pelbagai janji2 manis yg selalunya akan berakhir dgn kepahitan..
Apakah cinta pd kita hanya sekadar tidur bersama, melakukan hubungan yg layak bg sang suami dan isteri dgn janji si lelaki akan menjadikan “pelacur free” macam kita sbg isteri dia?? Oh, tidak sama sekali. Kalau benar cintanya pada kita knp harus mahkota kita dihancurkan?? Kenapa tidak kita terus diikat kalau benar dia takut kita akan lari?? Atau dia memang ingin kita lari?? Bak kata orang tua2 “habis madu sepah dibuang” Lelaki atau permpuan sebeginikah yg kita harapkan untuk menjadi ayah dan ibu utk anak2 kita??
Apakah cinta itu yg kita kejar hanya sekadar sebuah drama bersiri yg akan berakhir dgn tangisan dan airmata?? Dia boleh meninggalkan kita dgn hanya 3 patah perkataan sahaja “kita tak serasi” “kita takde jodoh” “awak bukan milik saya” “awk tak memahami” dan pelbagai alasan yg diberikan setelah hati sudah PUAS, BOSAN, JEMU dan setelah mendapat apa yg dia nak. Mungkin setelah bertemu dgn org baru yg hanya semiggu perkenalan, tetapi sanggup meninggalkan kita yg ditatang bagai minyak penuh selama setahun dulu . Inikah cinta yg kita cari atau bagaimana?? Namun inilah yg kita temui dalam setiap percintaan yg kita bina.. Perkataan serik tidak pernah ada dalam kamus hidup Romeo dan Juliet tetapi jangan kita lupa perkataan mati tetap ada di dalam kamus hidup mereka..
sumber: http://www.al-amindaud.blogspot.com/
dIsedIakan oLeh Anonymous at 10:18 PM 0 comments
Labels: perkongsian
Monday, March 31, 2008
aktiViti - aktiViti KReAm
Marilah kita menerajui dan turut sama terlibat dengan program-program yang dianjurkan oleh:
- Qiam
-qiam PERDANA bersama persatuan lain sebanyak sekali
-kebiasaannya, bertempat di SRI AMAN supaya memori di SRI dapat dihidupkan semula.Tetapi boleh diubah.
-menguatkan rohani dan persaudaraan yang telah terkubur buat seketika.
- Ifthar jamaie
-selepas ifthar, akan adanya solat tarawih.
-mengintimkan lagi ukhwah yang terjalin
- Rehlah
-rehlah kali ini 2 hari 1 malam.
- Kembara
disebabkan oleh sekolah yang berlainan, kesukaran untuk mengatur perjumpaan dan menganjur program ini ialah perkara biasa. Insya ALLAH, ALLAH permudahkan jalan kita. AMeen
dIsedIakan oLeh Anonymous at 12:22 AM 0 comments
Labels: pengumuman, program
Sunday, March 30, 2008
Kelab Remaja Aman
Walaubagaimanapun, kehadiran mereka yang berumur lebih daripada itu dialu-alukan dan diharap juga dapat menolong kelancaran program yang diadakan.
Misi utama KReAM adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan organisasi tersebut sebagai platform meneruskan lagi kesinambungan tarbiyah di SRI Aman disamping menjadi tempat aktiviti-aktiviti kebersamaan diadakan. Bukan sahaja ukhuwwah dapat digarap, bahkan dengan secara langsungnya ahli-ahli KReAM dapat mengekalkan perhubungan diantara satu sama lain.
Pendek kata, objektif KReAM adalah pengukuhan ukhuwwah dan penerusan tarbiyah ahli-ahlinya.
KReAM ditubuhkan pada tahun 2006, iaitu baru 2 tahun lepas. Ianya dianggotai oleh 7 orang anggota Majlis Tertinggi dengan dibantu oleh seorang guru penasihat. Kini, tahun 2008, telah menyaksikan banyak muka baru didalam hierakri pertubuhan ini, termasuklah pengerusinya. Penambahan ajk yang ramai pada tahun ini diharapkan moga urusan dapat dikendalikan dengan lebih efisyen dan cekap.
Semoga dengan adanya pertambahan tenaga, perjalanan hal kali ini menjadi lebih baik dari yang dahulu.
dIsedIakan oLeh Ins-TincT at 10:31 PM 0 comments
Labels: pengenalan

